Cara Terbaik Putus Susu atau Wean Off Dengan Doa

Bismilahirrahmanirrahim.

Moment putus susu badan adalah detik yang sebenarnya sangat mengharukan. Sangat mencarik emosi si anak bahkan ibu sendiri. Ummi faham kerana dah melaluinya sebelum ini sebanyak 3 kali. Ia suatu yang besar dalam hidup ummi sebagai ibu.

Susu badan ibarat pertalian darah yang kuat. Bonding paling mendalam. Itu sebabnya drama ini bermain tangisan demi tangisan.. Bukan hanya tangisan anak, malah tagisan ibu juga! 😭

Namun mesti, sampai saatnya kita tetap perlu lakukan demi kebaikan ibu, kebaikan anak.. Dan mungkin ada sesuatu yang menuntut kita untuk berbuat demikian, kan ibu?

Demi Kebaikan

Ummi ceraikan susu badan 3 orang anak-anak ummi yang sebelum ini pada umur 16 bulan dan 18 bulan. Sebab untuk ketiga-tiganya di waktu tu ummi sudahpun hamil lagi. Dan masa tu ummi merasa agak terkesan bila anak kuat menyusu, akan terasa sakit sedikit di bahagian rahim.


Susu badan ibarat suatu pertalian darah yang kuat antara ibu dan anak.

www.muslehglory.com

Untuk elakkan sebarang komplikasi atau masalah pada kandungan, ummi berusaha untuk putus susu badan.

Untuk kali ni, rezeki Sumayyah iaitu anak ke 4 ummi ini masih ada hingga sekarang, alhamdulillah. Setiap takdir adalah anugerah.

Kerap di tanya, macam mana nak buat untuk ceraikan susu badan dangan anak. Ada banyak cara yang dikongsikan ibu-ibu. Dan InsyaAllah salah satu ikhtiar yang tanpa gagal yang ummi akan ingat setiap kali adalah ‘Doa Putus Susu’ dari buku karangan Tn. Guru Dato Dr. Harun Din.

Ikhtiar Dengan Doa Putus Susu

Ummi lampirkan doanya dia bawah..

Doaya yang ummi amalkan dalam usaha cerai susu badan.

Caranya :

  1. Bismillah dan baca Alfatihah.
  2. Baca Doa Putus Susu, dengan menyebut nama anak dan nama ibu..
  3. Hembuskan di bibir anak yang menyusu. (dengan sekali hembus nafas perlahan dan panjang.)

InsyaAllah ummi sangat senang menggunakan doa ni, sebab result dia alhamdulillah..

Pastikan hafaz sehingga betul-betul hafaz doa ini untuk dibacakan nanti. Kemudian, baru apply. Yakin dan percaya Allah bantu.

Tetaplah juga dengan ikhtiar menenangkan anak dalam tempoh ini. Sesuatu yang penting adalah untuk beri hint dan jelaskan secara terus terang kepada anak, walaupun kita rasa anak mungkin tak faham. Tapi keep beritahu secara betul.

Tenangkan Emosi Anak dengan Manfaat Essential Oil

Emosi yang tenang juga akan sangat-sangat membantu usaha ni. Ummi suka juga mengggunakan EO dan seumpanya seperti Balm Calm Time untuk beri relaksasi dan mode tenang pada anak. Dan ummi pun perlu tenang!

Tenangkan anak dan emosi ibu dengan manfaat essential oil dari Balm Calm Time

Moga perkongsian ummi beri manfaat, insyaAllah.

Atikah Rahman,
A mother, is always a mother.