Tamat Pengajian Tadika PASTI Secara Rasminya

Asma’ Hanani Tamat Sesi Perngajian Tadika PASTI Little Huffaz bagi Tahun 2019

Tamat Pengajian PASTIGambar ummi ambil semasa sesi serahan buku dan Buku rekod pelajar di PASTI Little Huffaz kelmarin.

Hari ini dengan rasminya tamatlah sesi pengajian anak ke dua ummi di tadika PASTI Little Huffaz, Kok Lanas Kelantan. Tahun ni merupakan tahun terakhir Hanani merasai suasana pengajian Tadika atau ‘kindergarten’ life.

Mujurlah, alhamdulillah pengajian Hanani sepanjang tahun ini tidak ada sesi berpindah randah seperti kakak Khaulah di zaman tadikanya dulu. Masih ummi ingat lagi kak Khaulah yang terpaksa meninggal sekolah Tadika PASTI Al-Ihsan, Labuan pada bulan Julai 2017 sebab kami sekeluarga direzkikan berpindah ke Semenanjung ketika tu.

Sempat kak Khaulah menduduki peperiksaan tapi keputusan peperiksaaan hanya dimaklumkan oleh Mu’allimah dari jarak jauh. Alhamdulillah dia Cemerlang dengan menduduki tempat ke dua. Ummi berterima kasih sangat dengan semua guru-guru Pasti Al-Ihsan di Labuan yang sangat komited mendidik anak-anak ummi. Masa tu Asma Hanani 4 Tahun dan bersekolah di situ juga.

PASTI LITTLE HUFFAZ dan Perjalanan Kintergarten

Waktu Hanani 5 tahun, Ummi Abi hantar Hanani ke Tadika swasta yang berkonsep play scholl sekitar rumah baru kami di Kelantan. Sekolah tu pun bagus juga. Konsepnya pun relax je dan tak exam oriented. Bilangan pelajar yang sedikit, dan ada transit hingga waktu petang. Untuk tahun berikutnya ummi berniat nak pindahkan ke sekolah yang agak lebih menenkankan penilaian dan kefahaman pembelajaran dengan lebih serius.

Kebetulan hujung tahun lepas, ummi abi dapat info pembukaan sebuah lagi Tadika PASTI Elit sekitar kediaman kami. Alhamdulilah..tak sangka sekali lagi Asma Hanani jadi ‘perintis’ kepada sebuah kindergarten yang baru buka, sama macam Pasti Elit Al Ihsan di Labuan dulu. Ketika daftarkan Hanani dan Kak Khaulah di PASTI Al Ihsan dulu pun, mereka batch pertama ketika sekolah baru dibuka.

Rezeki Hanani lah Ummi Abi berjaya daftarkan dia di PASTI LITTLE HUFFAZ ni. Sebenarnya nak mendaftar di PASTI Elit agak besar juga persaingannya seabab ia jadi pilihan ramai ibu bapa yang memilih corak pembelajaran berteraskan Islam. Syukur dipermudahkan semua. Ada banyak pusat pengajian Tunas Islam atau Tadika PASTI di Malaysia, dan semakin berkembang. Hingga harini, tamat sudahlah ‘journey kindergarten’ anak kedua ummi. Hehe

Hari Graduasi PASTI LITTLE HUFFAZ Kali Pertama 2019

Pada hari jumaat yang lalu, kami sekeluarga dapat meluangkan masa sama-sama meraikan Asma’ Hanani dan kawan-kawan di Majlis Konvokesyen dan Anugerah Kecemerlangan yang diadakan di Dewan Melor, Kelantan. Majlis meriah dengan kehadiran ibu bapa dan persembahan comel dari anak-anak PASTI Litte Huffaz sendiri.

Sebenarnya seminggu sebelum tu, ada juga Majlis Graduasi PASTI Peringkat Daerah Keterah yang diadakan di Hotel H Elit, Tunjung,Kelantan. Majlis ni berbeza sedikit sebab majlis ni menggabungkan semua Tadika PASTI sekitar daerah Ketereh untuk meraikan Pelajar 6 Tahun sahaja yang bakal menamatkan Pengajian Pendidikan awal mereka di PASTI. Bayaran dikenakan sebanyak RM100 untuk seorang.

Hanani oeky saja bila ummi abi buat keputusan untuk tidak dapat turut serta pada Majlis Graduasi Elit tu atas beberapa sebab yang penting. Tambahan tarikh berkenaan kami masih berasi di Penang untuk balik bercuti dan berziarah keluarga. Tak jadi masalah sebab dia masih berpeluang diraikan di majlis yang diadakan sekali lagi khas untuk anak-anak PASTI LIttle Huffaz di majlis berasingan. Sangat santai dan penuh keceriaan anak-anak,. Tak kurang juga keterharuan dan rasa bangga dia hati ibu ayah masing-masing bila lihat anak-anak yang buat persembahan dan naik ke pentas untuk menerima hadiah.

Asma' Hanani terima sijil Tamat Pengajian PASTI dan frame gambar kenanganTerima Sijil Tamat Pengajian PASTI dan Frame gambar kenangan

Terharu lihat anak-anak menerima sijil tamat pengajian PASTI dengan masing-masing memakai Jubah konvo merah terang dan bertopi petak ala-ala Konvokesyen sebenar peringkat Pengajian Tinggi . Maka tamatlah sudah perjalanan ‘kindergarten’ bagi anak-anak 6 tahun ni. InsyaAllah tahun hadapan masing-masing akan mula menapak kaki ke alam Persekolahan Tahun satu pula. Ia perjalanan dan pengalam baru pula untuk anak-anak.

Awal Agama Mengenal ALLAH

Apa yang paling penting selain kemenjadian akademik, sudah pastilah ibu ayah mengharapkan kemenjadian utama dari sisi akhlak dan sahsiah diri anak-anak. Menerapkan agama seawal usia. Mengenal Allah dan mencintai Rasul. Berakhlak baik, mengerti solat, dan melazimi asas dalam mengamalkan Islam.

Pengajian di Tadika PASTI menitikberatkan tentang pendidikan solat, menanam akidah sebaik mungkin sejak awal usia. “Awal agama adalah mengenal ALLAH”. Begitulah yang kita mahukan dalam mencorakkkan kanvas putih yang diamanahkan Allah kepada kita. Namun masih perlu diingat bahawa sekolah pertama, adalah dari rumah. Terapkanlah anak-anak dengan mengenal Allah seawalnya.

Dirumahlah lapangan paling utama dalam menanam akidah dan jati diri sebenar anak-anak. untuk hal menambah ilmu yang di luar keupaayan, berilah anak-anak kita guru yang baik untuk menambah ilmu dan pengetahuannya. Cari sekolah, kindergarten yang sesuai menurut ibu ayah, dan juga boleh pilih corak pembelajaran yang ditawarkan di Tadika yang menjadi pilihan

Belajar Bahasa Cina di PASTI Little Huffaz

Oh ya, di PASTI Little Huffaz Kok Lanas ni ada extra pembelajaran bahasa Cina tau! awal dulu kami tak tahu tentang tambahan subjek khas ni.. Selepas dah mula pengajian PASTI baru dapat tahu pada jadual pembelajara. Bila dimaklumkan, ibu ayah teruja dengan peluang ni. Best juga bila tengok anak cuba belajar menyebut dan mengira angka dalam bahasa Cina. Alat bantu mengajar dari guru pun comel-comel.

Bawa balik untuk lekatkan di rumah. Boleh bayangkan dinding rumah jadi suasana Tadika? hehe.

Jangan risau untuk anak perform. Sebab Bahasa Cina tidak termasuk dalam senarai matapelajaran yang masuk peperiksaan. Hanya nilai tambah dan pengetahuan asas sahaja didedahkan untuk anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak pun seronok belajar bahasa kedua dan ke tiga selain Bahasa Arah dan Bahasa Inggeris. Menarik sangat!

Ummi Abi doakan, semoga Asma’ Hanani menjadi anak yang baik, solehah, taat Allah dan mencintai Rasul. Tahniah kerana menjalani proses ini dengan baik sekali. Rajin, berkehendak, bersunggu-sungguh dan menghargai ilmu. Keputusan peperiksaan akhir tahun Hanani juga alhamdulillah sanggat mengharukan Ummi.Moga terus cemerlang dunia akhirat, anak ummi..

Tamat Pengajian PASTI Little HuffazBergambar kenangan bersama guru

InsyaAllah dalam sebulan sahaja lagi, Hanani akan mulakan life baru sebagai pelajar Tahun 1 pula.

Haaa…Jadi, alam sebulan yang cuti ni nanti bolehlah kita penuhkan dengan macam-macam aktiviti bersama. Pergi ke Perpustakaan ke, main kat pantai ke.. atau boleh selalu teman ummi COD barang Tasneem dan Madu Quad yang dipesan pelanggan. nanti ummi upah! 😉

Mestilah anak-anak ummi dah tahu sangat dengan niaga ummi. Acik- acik sekitar Kok Lanas dan Ketereh kalau nak COD Barang Rangkaian Bayi Tasneem Naturel atau Ibu Ayah yang senang mengamalkam Madu dan pemakanan Sunnah untuk keluarga, bolehlah terus hubungi ummi je. ummi sediakan icon link di bawah lebih mudah kan?

Terima kasih sudi baca hantaran ummi kali ni. jumpa di next post insyaAllah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *