Tips Pencegahan dan Rawatan Bayi Kembung

Bayi Kembung : Tips Pencegahan dan Rawatan

Bayi sangat mudah untuk mengalami masalah kembung (banyak gas dalam perut). Biasanya bayi akan mengeluarkan gas daripada perutnya  13 hingga 21 kali sehari. Kenapa banyak sangat? Ini kerana bayi mudah untuk tertelan udara terutamanya ketika:

  • Menyusu, sama ada penyusuan ibu atau menyusu dari botol
  • Menghisap puting (pacifier)
  • Menangis

Apabila udara terperangkap di dalam perut bayi, anda akan mendapati bayi anda akan:

  • Sendawa
  • Meragam
  • Kembung perut
  • Menangis
  • Buang angin
  • Perut mengeras

Bayi yang kembung perut akan menjadi sangat tidak selesa. Bayi kelihatan seperti dalam kesakitan. Menendang kaki dan menangis Walaubagaimanapun, usah terlalu bimbang kerana apabila sistem penghadaman anak anda semakin berkembang, masalah kembung akan semakin berkurang. Namun, ia masih meresahkan ibu-ibu apabila bayi meragam ketika kembung.

Jadi, bagaimana anda boleh membantu bayi anda untuk lebih selesa?

Cubalah beberapa langkah ini untuk mencegah dan melegakan masalah perut kembung.

 

Periksa kedudukan menyusu

Apabila menyusukan bayi anda, pastikan kedudukan kepala lebih tinggi daripada perutnya. Cara ini membolehkan susu yang diminum mengalir terus ke bahagian bawah perut dan gas akan tersesar ke atas lalu memudahkan untuk bayi sendawa. Jika menggunakan botol, tegakkan sedikit botol supaya udara tidak terkumpul dihujung puting yang boleh menyebabkan bayi menelan udara.

 

Sendawakan bayi anda

Cara yang paling mudah untuk mengurangkan kesakitan kembung adalah dengan sendawakan bayi anda ketika dan selepas menyusu. Caranya adalah dengan mengusap perlahan-lahan bahagian belakang bayi anda sehingga sendawa. Jika bayi anda tidak sendawa, baringkan dia untuk beberapa minit dan cuba untuk sendawakan bayi anda sekali lagi.

 

Tukar peralatan

Jika anda menggunakan botol untuk menyusukan bayi, tukar kepada puting yang lebih perlahan alirannya.

 

Senamankan si kecil anda

Urut bayi anda dengan lembut. Gerakkan kaki bayi anda ke depan dan belakang (seperti mengayuh basikal) semasa dia berbaring. Berikan masa “tummy time” iaitu meletakkan bayi anda dalam keadaan meniarap di atas perutnya untuk beberapa ketika. Mandian dengan air suam juga dapat mengeluarkan lebihan gas dalam perut bayi.

Jaga pemakanan

Minta nasihat doktor berkenaan makanan yang mungkin menambah gas pada bayi. Ada sesetengah ibubapa memberi jus buah-buah yang mengandungi sorbitol (sejenis gula) yang tidak dapat diserap oleh bayi, ia boleh menambah gas dalam perut bayi. Dengan meminta nasihat doktor, doktor juga akan memastikan bayi anda mendapat nutrient yang sepatutnya.

Jika anda menyusu badan, bayi anda kadangkala menghadapi masalah untuk menghadam susu badan anda berpunca daripada makanan yang anda makan, Contohnya makanan hasil tenusu atau kafein, boleh memberi kesan kepada bayi. Jika anda memberi susu formula, dapatkan nasihat daripada doktor berkenaan susu yang boleh membantu mengurangkan masalah kembung.

Rawatan ‘Over The Counter’ (OTC) {beli ubat farmasi}

Anda boleh cuba untuk mendapatkan ubatan di farmasi. Tapi, pastikan anda dapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi untuk cadangan. Nasihat mereka sangat penting supaya ubatan yang digunakan tidak memberi kesan sampingan, alahan atau terlebih dos.

 

Bayi kembung dan colic (sawan tangis)

Semasa 4 bulan pertama kelahiran, bayi anda mungkin mengalami colic (sawan tangis) apabila dia menangis selama 3 jam sehari, selama 3 hari atau lebih dalam seminggu dan berlarutan sehingga 3 minggu atau lebih. Colic tidak disebabkan oleh gas, tetapi bayi yang mengalami colic akan menelan lebih banyak udara ketika menangis dan boleh menjadi kembung.

 

Bila anda patut risau?

Secara umumnya, masalah kembung adalah normal dan boleh dirawat. Tetapi untuk kes yang terpencil, ia mungkin petanda kepada masalah penghadaman yang lebih serius. Segera berjumpa doktor jika anak anda mengalami:

  • Tidak membuang air besar atau najis atau muntah berdarah
  • Meragam yang teruk sehingga tidak dapat untuk ditenangkan, dan perlukan doktor pemeriksaan lanjut
  • Jika demam dengan suhu rectal 38 celcius atau lebih, segera berjumpa doktor untuk mengesan sebarang jangkitan kuman. Jika berumur bawah 3 bulan, segera berjumpa doktor.

 

Rujukan : www.webmd.com

 

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *