6 Tips Mengajar Matematik Seawal Bayi

“Aik? Di tadika pun dah belajar belajar operasi tambah tolak angka?” Keluh seorang ibu yang baru saja menyemak ‘kerja rumah’ yang diberikan. Risaukan anaknya yang baru berusia 5 tahun sudah diberi kerja rumah matematik operasi penambahan dan penolakan 2 angka. Ibu bimbang anaknya belum bersedia.

Pada masa sekarang, apabila masuk Tahun 1 tahap sukatan pelajaran semakin mencara dengan adanya pembelajaran operasi-operasi matematik yang pelbagai.

Timbul kerisauan dalam kalangan ibubapa dengan tahap penguasaan matematik anak-anak mereka.
Menjadi satu pertanyaan adakah perlu diajar matematik seawal usia bayi?

Ibubapa harus tahu yang perkara itu tidaklah mustahil. Dengan syarat, ibubapa faham bahawa anak kecil banyak belajar melalui BERMAIN.

“Nak belajar ke nak main?”
“Ke kena belajar main-main?”

Ya, sebenarnya bagi kanak-kanak, formulanya:
Main = Belajar

Anda sebenarnya boleh mengajarkan apa sahaja kepada anak-anak anda. Pernah Dengar tentang jolokan “The Golden Age”? Iaitu usia emas yang dinisbahkan kepada bayi berusia seawal 0 Tahun sehingga 6 Tahun. Bayi dan kanak-kanak adalah sangat unik. Kerana pada usia ini otak mereka sangat mudah menerima apa sahaja seperti span yang meresap basahan dengan sangat baik. Walaubagaimanapun, fitrah bayi dan kanak-kanak tidak harus dilupakan iaitu “bermain”.

Lalu bagimana kita boleh menggunakan usia Golden Age yang dimiliki oleh anak-anak?

Ajarilah apa sahaja kepadanya semasa mereka SEDANG BERMAIN. Jika diberi buku, disediakan meja kerusi di depan papan tulis khas dan ditetapkan masa seperti masuk ke kelas ia adalah suatu suasana yang agak menekan bagi kanak-kanak. Kalau begitu keadaannya, mereka akan lari, sukar menerima dan tidak timbul minat. Perlu kita sedar bahawa, fitrah seorang kan-kanak aadalah BERMAIN.

Di sini kami senaraikan beberapa tips untuk anda memperkenalkan matematik peringkat awal kepada anak-anak anda dengan kaedah yang lebih baik:

1. Memperkenalkan nilai nombor sebelum simbol nombor.

Mulakan dengan mengajar anak mengira bilangan benda terlebih dahulu. Contohnya ambil beberapa biji bola, dan kira bersama-sama dengan anak anda dalam suasana bermain. Jangan gopoh untuk memperkenalkan nilai satu sebagai “1“, dua sebagai “2“, dan sepuluh sebagai “10

Tulisan 1, 2, 10 itu adalah simbol perlambangan bagi nilai.
Apabila simbol diperkenalkan terlebih dahulu, kanak-kanak akan keliru bahkan tidak faham apakah nilai 10 itu. Kemudian sebagai menguji kefahamannya, cuba berikan arahan mudah kepada anak-anak seperti, “tolong ambilkan ibu tiga biji bola”, atau “Tolong ambilkan untuk ibu dua keping pampers adik.” dan kemudian lihat hasil bilangan yang dibawa. Jika tak tepat, abil peluang untuk beritahu dia bilangan yang betul.

2. Gunakan objek-objek yang anak anda suka.

Gunakan permainan mereka. Boleh jadi, model kereta kegemarannya, koleksi patung permainannya, pensel warna, bola kecil, lego berwarna-warni atau sebagainya untuk dijadikan objek mengira. Mereka akan lebih gembira dan timbul minat yang tinggi untuk “bermain-mengira”.

3. Fahamkan konsep nilai = yang besar/kecil atau banyak/sedikit.

Contohnya: Minta anak bandingkan antara ada 3 biji bola dengan 5 biji bola yang mana lebih banyak? Pastikan anda menggunakan benda yang sama saiz dan sama bentuk untuk membuat perbandingan tersebut. Jadikan arahan anda mudah dan tidak terlalu rumit.

4. Ajari penambahan dan penolakan menggunakan ayat.

Contohnya: Beri anak anda 3 biji bola di dalam satu bekas yang diletakkan di hadannya. Kemudian tambahkan lagi 3 biji bola ke dalam bekas yang sama. Minta anak anda kirakan semula jumlah bola yang dia ada sekarang.

Apabila selesai anak mengira, ulangilah ayat “3 biji bola tambah 3 biji bola jadi 6 biji bola” kepadanya supaya dia dapat mengkaitkan perlakuan dan situasa dengan ayat yang disebutkan. Hanya beritahu secara berulang, tanpa menulis ayatnya. Pengulangan ini akan menjadi pengalaman kepada anak-anak untuk digunakan sebagai pengetahuan sedia ada.

5. Hanya ajar simbol nombor apabila anak anda sudah bersedia untuk membaca.

Kesediaan adalah perkara yang penting untuk pembelajaran berlaku. Jika anak anda belum bersedia untuk membaca, biarkan terlebih dahulu anak mengetahui nilai nombor. Apabila anak sudah mula mengenal huruf, barulah anda perkenalkan simbol bagi nombor-nombor yang telah anak anda tahu nilainya. Satu boleh ditulis sebagai 1, sepulun boleh ditulis sebagai 10.

6. Jangan memaksa

Anak-anak mempunyai kecenderungan yang berbeza. Jika anak anda tidak bersedia, jangan terlalu dipaksa kerana tiada kesediaan bererti tiada pembelajaran. Sentiasa berada di’mode’bermain supaya anak anda gembira dan menjadi masa untuk ‘bonding’. Kesediaan anak boleh wujud pada ketika bermain. Ambil peluang walau hanya untuk beberapa saat. Namuan biarkan sekiranya dia menolak. Anda boleh sahaja mencuba di waktu yang lain.

Semoga tips ini dapat membantu anda memperkembangkan kemahiran matematik anak-anak anda sedari awal dan memupuk minatnya. Sayangilah anak anda walau apa pun pencapaian mereka. Allah tidak menjadikan manusia itu ada yang bodoh ada yang pandai. Tetapi manusia itu diciptakan berbeza-beza kepandaian.

Cikgu Sarimi Sabdin

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *